Selalu bawa watak bapa, wajah pelakon ini dikatakan iras suami Mira Filzah


Kemeriahan majlis perkahwinan pelakon popular, Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar masih dirasai sehingga kini walaupun telah memasuki hari keempat.
Dari konsep perkahwinan, busana pengantin, solekan muka dan tingkah laku ‘sweet’ pasangan tersebut sentiasa menjadi perhatian warganet di laman media sosial.
Terbaru, wajah Wan Emir yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid dikatakan mirip seperti aktor Azhar Amir.
Seorang pengguna Facebook, Nur Nadzirah Hashim berkata demikian selepas melakukan perbandingan wajah melalui gambar kedua-dua lelaki berkenaan.

“I sorang je ke yang perasan?”

Namun bukan sahaja Nur Nadzirah, malah terdapat juga beberapa individu lain di Twitter yang turut memberi pendapat sama dengan mengatakan wajah Wan Emir dan Azhar Amir kelihatan agak serupa.

Muka suami dia macam…

Macam Azhar Amir sikit la…

Pelakon kegemaran tu!

Siapa lagi yang perasan?

Tapi versi muda

Untuk makluman, aktor berusia 48 tahun itu sering melakonkan wa