“Syoknya pregnant pun kurus..” – Hamil 6 bulan, fizikal Zahirah Macwilson dipuji


 Sarat hamil dengan usia kandungan mencecah enam bulan, pelakon Zahirah Macwilson sentiasa mencuri tumpuan peminatnya di media sosial.
Terbaru, pelakon berusia 25 tahun itu memuat naik sebuah video yang berkongsi dua cara penampilan dengan beberapa jenis pakaian melalui laman Instagram miliknya.

Walaupun berbadan dua, pelakon drama Jangan Benci Cintaku tetap tampil menyerlah sambil berposing di hadapan kamera dengan penuh bergaya.
Aksi-aksi tersebut membuatkan warganet tertarik bagi memberikan komen dimana rata-rata memuji keserian wajah dan fizikal ramping ibu mengandung itu yang tidak jemu untuk dipandang.

Cantiknyaaa! Hamil pun kurus…

Aku kalau perut 6 bulan, rupa kalah Kak Limah!

Perut je naik, lain2 kekal slim

Aku belum hamil pun nampak macam orang mengandung…

Berseri2 aura ibu mengandung!

Zahirah berkahwin dengan pelakon, Aiman Hakim Ridza pada 20 Februari lalu selepas mengikat tali pertunangan pada 8 Jun 2019.