Tidak menggubal Akta Anti Lompat Parti..


Kesilapan terbesar PH,ketika berkuasa yang menyebabkan punca kejatuhannya ialah tidak menggubal Akta Anti Lompat Parti..Apa kan daya,PM masa tu membenarkan amalan tu sehingga Dia sendiri hilang penguasaan terhadap parti yang diasaskannya seterusnya meletak jawatan sebagai PM,

Dia mencipta sejarah sebagai PM Interim pertama di Malaysia,sesudah 2 kali menjadi PM,Dia sekali lagi mencipta sejarah apabila dapat sokongan kesemua ahli parlimen untuk dilantik semula menjadi PM buat kali ketiga, tetapi itu cuma sementara..Belum sempat dilantik sebagai PM,sokongan terhadapnya berubah mengikut kepentingan orang politik & bila PH alihkan sokongan padanya bagi dilantik menjadi PM,setelah Anwar gagal dapat sokongan majoriti,itu sudah terlewat,kerana Muhyiddin telah mndapat perkenan Agong bagi gantikannya sebagai PM..

Ironi nya,peristiwa ini terjadi di tahun "Wawasan 2020" yang diilhamkannya dan impiannya yang tidak kesampaian..