“Saya mengaku, itu dia…” – Tular video panas anak, Nora bagi kenyataan


Sedang hangat diperkatakan berkenaan isu panas yang melibatkan anak perempuan kepada penyanyi Nora Ariffin, memaparkan video TikTok aksi bercumbuan di tempat awam.
Menyedari bahawa anaknya sedang diperkatakan ramai, Nora baru-baru ini menerusi laman Instagramnya mengakui bahawa gadis di dalam video tersebut adalah anaknya.

Saya cuba beri yang terbaik

Menerusi entri Nora, dia turut berasa terkilan dengan apa yang telah terjadi, dan sebagai ibu dia telah cuba sebaik mungkin untuk memberi didikan yang terbaik buat anak-anaknya.
“As a mother, we try to do our best to teach, guide and educate, plus beri apa yg terbaik dan termampu dalam capacity yg terbatas…”

Beri ruang pada kami buat masa sekarang

Nora berharap, agar orang ramai memberi ruang buat dirinya dan keluarga untuk mengatasi masalah ini, serta meminta agar mendoakan yang terbaik sahaja.

Anda ibu yang kuat Nora

Menjengah pula ke ruangan komen, ramai pengikutnya di Instagram tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat agar Nora terus tabah mengharungi dugaan dalam hidupnya.

Patut libas dengan getah paip

Ujian Allah, Nora dah buat yg terbaik

Semoga mendapat rahmat dan kasih sayang Allah

Semoga Nora terus tabah

Kesian lihat Nora, luka kehilangan insan yang tersayang pun masih belum sembuh lagi, datang pula ujian baru dalam hidupnya. Semoga terus kuat sis!